About

Assalamualaikum W.H.B

MANSIRAT ENT adalah sebuah syarikat pengedaran gas memasak sah (SHELL) yang berdaftar dibawah lesen PDA serta KPDN.syarikat ini telah ditubuhkan secara persendirian oleh Mohd Sirat b.Ahmad sejak 2006 dan bertapak di Meru diatas nama MANSIRAT ENTERPRISE,motif syarikat ini ditubuhkan adalah untuk membantu dan memberi perkhidmatan perhantaran gas dikawasan-kawasan (Meru/kapar/Bukit Kapar/Alam budiman/Saujana Utama/Setia Alam/Shah Alam DLL) bagi pengguna rumah mahupun industri.Mansirat ent mempunyai 3orang pekerja ,1orang pembantu/assitance dan 1 orang Pengurus iaitu En Mohd Sirat sendiri
  
Berbekalkan keyakinan yang tinggi dan gambaran positif dari pelbagai pihak, maka secara efektifnya Mansirat enterprise telah berjaya menjalinkan hubungan perniagaan yang erat dengan pelanggannya. Atas keredhaan yang Maha Esa, diharap syarikat ini dapat berkembang hingga mencapai ke satu tahap yang memberansangkan.