Thursday, December 8, 2011

Proses Pembersihan (Purging) Dan Pengisian Semula Gas Petroleum Cecair

 
Proses pembersihan (purging) merupakan proses di mana udara yang berada
dalam tong silinder dikeluarkan dan Gas Petroleum Cecair (LPG) dimasukkan
sebagai ganti. Ia merupakan proses yang perlu dilakukan oleh individu yang
berkelayakan sahaja, berpengetahuan luas serta mengetahui langkah-langkah
keselamatan. Penerangan berkenaan akan diterangkan dalam bahagian berikut.

2.1.2.4 Pengkla~~kasiaSnem ula Selinder Gas Petroleum Cecair
Selinder baru yang dikeluarkan marnpu bertahan sehingga 12 tahun. Semua
silinder kecil antara 2 hingga 20 kg perlu mempunyai injap Over-Fill Protection
Device (OPD) dipasang pada Pengklasifikasian Semula Selinder Cylinder
Reclassifcation. Salah satu jenis pengklasifikasian semula diperlukan sama ada
Department of Transportation (DOT), pemeriksaan visual atau ujian hidrostatik.
Selepas 12 tahun tempoh penggunaan bermula dari tempoh dihasilkan di mana tarikh
tersebut dilabelkan pada permukaan tong, setiap selinder perlu diklasifikasikan
semula sebelum diisi semula dan digunakan kembali. Berikut merupakan kaedah
pemeriksaan visual selinder :

1. Dengan menggunakan penyandar atas upright stand, terbalikkan selinder
ke bawah dan tinggalkan dalam keadaan tersebut selama 24-36 jam. Ini
untuk membenarkan bahan Ethyl Mercaptan odorant dikeluarkan
sepenuhnya melalui injap.
2. Ketebalan bahagian bawah selinder diuji menggunakan tukul, semasa
tempoh 36 jam tersebut.
3. Pemeriksaan dilakukan terhadap kesan pengaratan bahagian bawah
selinder dan foot-ring. Jika ada, kesan karat dikikis dengan menggunakan
berus dawai atau menggosoknya.
4. Bahagian bawah selinder disapu dan foot-ring dengan lapisan
perlindungan karat.
5. Wap gas dikeluarkan daripada selinder selepas 24-36 jam memasukkan
Ethyl Mercaptan (odorant). Kemudian selinder diisikan semula dengan
sejumlah kecl wap untuk memulakan proses "purging".
6. Bebaskan tekanan dan ulang langkah no 5 selepas lapan jam.
7. Bersihkan selinder sepenuhnya.
8. Tampal pelekat pemasangan bahan mudah terbakar, pelekat amaran serta
plag keselamatan Dust Cover/POL sebelum dinyatakan selinder tersebut
boleh diguna semula.
9. Pada kolar selinder, huruf " E serta tarikh pemeriksaan visual luaran
dicetak. Pembersihan semula dan kalis karat dilakukan sebelum silinder
tersebut boleh digunakan semula.
10. Semua aktiviti Pengklasifhian Semula Cylinder Reclasszfzcation
dicatat, dilakukan pada lampiran rekod dan fail untuk simpanan.
Pemeriksaan di atas hendaklah dilakukan setiap 5 tahun, selagi selinder
tersebut boleh digunakan. Selinder tersebut memerlukan pengklasifikasian semula
setiap 7 tahun bagi selinder yang pernah diklasifhikan melalui kaedah ujian
hidrostatik. Pemeriksaan visual untuk menentukan kebocoran, pengaratan berlebihan
serta integriti selinder dilakukan setiap kali pengisian dibuat berdasarkan informasi
dan kod pengisian yang telah ditetapkan.

sekian sedikit perkongsian dari pihak kami t.kasih