Thursday, July 28, 2011

GAS memasak (LPG) di Malaysia


LPG adalah singkatan kepada Gas Petroleum Cecair yang terhasil daripada
gas hydrokarbon dan kandungan utamanya adalah Propane (C&) dan Butane
(C4H10). Dalam keadaan natural dan di bawah tekanan dan suhu atmosfera, LPG
adalah dalam bentuk gas. Untuk memudahkan proses penghantaran dan
penyimpanan, LPG ditukar ke dalam bentuk cecair melaui proses mampatan dan
penyejukkan. LPG dipasaran tidak mempunyai warna clan bau, namun untuk langkah
keselamatan, satu pembau ditambah untuk memudahkan penguna mengesan
sebarang kebocoran gas.

 gas dirumah saya..hehe..

Di Malaysia, LPG digunakan secara meluas di nunah untuk memanaskan
alatan seperti ketuhar, dapur masak dan pemanas air. LPG juga digunakan di industri
seperti industri besi dan keluli, industri aerosol, pengeluar kaca dan seramik dan
pengeluar tembaga tiub dan kabel. gas petroleum cecair juga adalah bahan bakar
altenativ untuk sektor automotiv bagi mengatasi masalah kenaikan harga minyak di
pasaran sekarang.
Di pasaran Malaysia, LPG boleh didapati di dalam silinder bagi domestik
dan industri kecil dan sederhana. Terdapat tiga saiz silinder di pasaran iaitu 12, 14
dan 50 kilogram. Untuk menggunakan LPG, satu alat yang dipanggil pengatur
tekanan digunakan bagi mengawal tekanan LPG semasa digunakan. Alat pengatur
tekanan ini amat penting kerana LPG di dalam silinder bertekanan tinggi dan alat ini
berfUngsi dengan merendahkan tekanan LPG sebelum ia sedia digunakan.

Tuesday, July 19, 2011

PENGENALAN TENTANG LPG (GAS MEMASAK)

Gas Petroleum Cecair (LPG)


Gas Petroleum Cecair (LPG) ditakrifkan sebagai hasil petroleum berasaskan
sifat kimia dan tindakbalasnya di mana sebatian hidrokarbon tersebut terdiri daripada
ikatan hidrokarbon ataupun carnpuran kimia seperti propana, propilena, butana
(isobutana atau butana) dan butilena. Hidrokarbon propana mempunyai ikatan
formula C3Hs dan ikatan formula C4HI0 bagi butaaa. Hidrokarbon isomer bagi
butana, isobutana mempunyai formula kimia yang sama tetapi ikatan kimianya
adalah berbeza. Bagi propana, hidrokarbon tersebut digunakan secara meluas dalam
bidang masakan sebagai bahan bakar disebabkan takat didihnya yang rendah iaitu -
44 OF (-42.2"C). Ini bermaksud walaupun pada suhu yang begitu rendah propana
akan meruap sebaik sahaja terbebas daripada silinder. Ini akan menghasilkan
pembakaran bersih yang tidak memerlukan pelbagai peralatan, cukup dengan
menggunakan nozel. Hidrokarbon butana mempunyai takat didih 32 OF (-35 OC)
bermakna butana tidak mudah dicecairkan walaupun pada takat suhu yang rendah.
Ini merupakan salah satu sebab penggunaan butana tidak meluas dan perlu
dicampurkan bersama propana.

LPG juga dikenali sebagai "bahan keluaran garis sempadan" memandangkan
pada keadaan atmosfera hidrokarbon gas asli iaitu metana (ikatan formula C&) dan
etana (ikatan formula C2H6) wujud dalam bentuk gas sementara semua hidrokarbon
yang lebih tinggi wujud dalam bentuk cecair, sebagai contoh pentana, heksana dan
sebatian hidrokaron lain. Ini membolehkan LPG dijual dalam bentuk cecair kerana
pada tekanan kerja yang sesuai, takat didihnya hampir sama dengan suhu bilik iaitu
27OC. Secara umumnya, LPG tersebut dieskstrak daripada gas asli sebayak 75
peratus manakala sebanyak 25 peratus lagi adalah operasi pemprosesan minyak
mentah di pusat penapisan. Untuk penentuan sama ada LPG dapat dilakukan melalui
ujikaji penentuan hidrokarbon tidak tepu. Sebagai contoh jika terdapat sebilangan
kecil bahan propilena dalam LPG maka gas tersebut adalah daripada pusat penapisan
rninyak. Jika tiada hidrokarbon didapati dalam LPG maka sumber utama adalah
daripada gas asli.

Secara relatihya, kombinasi unik yang melibatkan kandungan fizikal
menerangkan tentang kepentingan penggunaan LPG di pasaran. Salah satu
kepentingan dan keunikan LPG adalah pada suhu dan tekanan atrnosfera, LPG
berkeadaan wap. Namun begitu, LPG boleh dicecairkan melalui melalui proses
pemampatan pada suhu sekeliling atau disejukkan pada tekanan atmosfera atau
kombinasi antara pemampatan dan penyejukan. Sebagai contoh, propana,
hidrokarbon yang merangkumi 90% penggunaan LPG komersial, memenuhi
sebanyak 270 kali ganda kurang ruang yang diperlukan berbanding dalam keadaan
gas. Dengan keluasan sebanyak 270 kaki persegi gas propana mampu
dikondensasikan kepada 1 kaki persegi bagi cecair propana (pada suhu 60 OF).
Butana mempunyai nisbah pengkondensasian yang lebih rendah akan tetapi dalam
bentuk cecair butana boleh memenuhi kurang 0.5 peratus isipadu berbanding dalam
keadaan gas juga pada suhu 60 "F.


Untuk menggunakan LPG dalam bidang komersial clan industri, gas tersebut
perlu berada dalam keadaan wap. Proses ini dapat dilakukan dengan mudah, hanya
perlu mengembalikan LPG kepada suhu dan tekanan atmosfera. Apabila
memperkatakan berkenaan produk LPG "mudah dicecairkan", isu yang perlu
diketahui terlebih dahulu adalah penggunaan dalam istilah perbandingan. Proses
pemampatan dan penyejukan melibatkan sebatian tersebut perlu dikekalkan pada
suhu di bawah takat didih. Takat didih bagi sesuatu bahan adalah suhu di mana bahan
tersebut akan mengalami perubahan daripada keadaan cecair kepada keadaan gas.
Bagi mepastikan proses transformasi daripada keadaan cecair kepada keadaan gas
berlaku, muatan haba tertentu perlu disertakan pada takat didih tertentu bahan
tersebut. Keadaan tersebut dinamakan haba pendam pengewapan. Propana,
kandungan hidrokarbon utama bagi sebahagian besar pengunaan LPG mempunyai
takat didih -44 OF (-6.67 "C) pada tekanan atmosfera, dalam unit 14.7 paun inci
persegi (101.352 932 016 kiloPascal). Takat didih bagi butana pada tekanan
atmosfera adalah lebih tinggi, 32 OF.

Walaupun penggunaan suhu yang bersesuaian boleh dicapai bagi keadaan
iklim tertentu, narnun ia tidak praktikal untuk penyimpanan dan pemindahan produk
cecair pada dan ketika perubahan suhu berkenaan berlaku secara semulajadi.
Tambahan pula, suhu yang rendah bagi mengekalkan propana dalam keadaan cecair
adalah tidak dapat dilakukan melalui proses penyejukan normal. Oleh yang
demikian, produk LPG dicecairkan melalui proses penyejukan tetapi dikekalkan
dalam keadaan cecair melalui proses pemampatan. Tekanan yang diperlukan bagi
mengekalkan produk dalam keadaan cecair kedap pada suhu tertentu adalah unik
bagi sesebuah produk dan merukan satu fungsi bagi suhu. Tekanan tersebut dikenali
sebagai tekanan wap bagi sesebuah cecair. Takat didih seperti air adalah berkadaran
dengan tekanan, tekanan wap sesebuah produk LPG juga berkadaran dengan suhu.

Thursday, July 14, 2011

Pelancaran Web Rasmi ManSirat ent

Assalamualaikum W.H.B

Selamat sejahtera semua,dipagi hari yang mulia ini,syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat keredaan nya,akhirnya web ManSirat ent telah dilancarkan atas dasar kesedaran terhadap kepentingan penggunaan internet jalur lebar di seluruh dunia.



penggunaan LPG(liquid petrolium gas) pada masa kini adalah sangat memberangsangkan dari tahun demi tahun, faktor peningkatan nya adalah kenaikkan harga barangan dipasaran membuatkan ramai individu yang cerdik pandai mulai berjimat cermat dalam setiap perbelanjaan termasuk perbelanjaan dapur dan harian mereka.Kebanyakkan mereka adalah dari golongan yang mempunyai keluarga dan berpendapatan sederhana,ada juga dari golongan yang berpendapatan tinggi tetapi bijak menguruskan keewangan.

dengan keujudan blog ini,adalah diharapkan dapat membatu dan berkongsi ilmu tentang apa jua ilmu didunia ini,selain dari tajuk utama kewujudan blog ini adalah berkenaan gas LPG atau pun gas memasak.Mungkin anda semua berasa hairan mengapa blog ini diujudkan.ia sebenarnya dibina atas dasar kepentingan ilmu dunia dan akhirat