Thursday, July 28, 2011

GAS memasak (LPG) di Malaysia


LPG adalah singkatan kepada Gas Petroleum Cecair yang terhasil daripada
gas hydrokarbon dan kandungan utamanya adalah Propane (C&) dan Butane
(C4H10). Dalam keadaan natural dan di bawah tekanan dan suhu atmosfera, LPG
adalah dalam bentuk gas. Untuk memudahkan proses penghantaran dan
penyimpanan, LPG ditukar ke dalam bentuk cecair melaui proses mampatan dan
penyejukkan. LPG dipasaran tidak mempunyai warna clan bau, namun untuk langkah
keselamatan, satu pembau ditambah untuk memudahkan penguna mengesan
sebarang kebocoran gas.

 gas dirumah saya..hehe..

Di Malaysia, LPG digunakan secara meluas di nunah untuk memanaskan
alatan seperti ketuhar, dapur masak dan pemanas air. LPG juga digunakan di industri
seperti industri besi dan keluli, industri aerosol, pengeluar kaca dan seramik dan
pengeluar tembaga tiub dan kabel. gas petroleum cecair juga adalah bahan bakar
altenativ untuk sektor automotiv bagi mengatasi masalah kenaikan harga minyak di
pasaran sekarang.
Di pasaran Malaysia, LPG boleh didapati di dalam silinder bagi domestik
dan industri kecil dan sederhana. Terdapat tiga saiz silinder di pasaran iaitu 12, 14
dan 50 kilogram. Untuk menggunakan LPG, satu alat yang dipanggil pengatur
tekanan digunakan bagi mengawal tekanan LPG semasa digunakan. Alat pengatur
tekanan ini amat penting kerana LPG di dalam silinder bertekanan tinggi dan alat ini
berfUngsi dengan merendahkan tekanan LPG sebelum ia sedia digunakan.

0 comments:

Post a Comment